Friday, 15 April 2011

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2011



MATLAMAT
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.
3.0 PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH‑SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar is tidak luput ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat.
3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
4.0 PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah clan menengah kerajaan dan sekolah rendah clan menengah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 12 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).
5.0 KONSEP TARIAN
5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori:
Kategori A
Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKANgerak tari KONTEMPORARI/KREASI BARU.
Kategori B
SATU tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di Malaysia.
5.2  Setiap kumpulan wajib, mempersembahkan kedua-dua kategori tarian. (Rampaian Tarian Tradisional dan SATU Tarian Rakyat/Etnik)
5.3  Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh peserta/artis yang sama.
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit. Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 6 minit.
5.5  Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.
6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN
6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).
6.3 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum pertandingan dijalankan.
7.0 PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.
8.0 CARA PEMARKAHAN
Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari  – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai  - 15
o Kesantunan  - 20
o Busana dan tatarias  - 20
MARKAH PENUH 100
Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai – 15
c Kesantunan – 20
o Busana dan tatarias – 20

No comments:

Post a Comment